RSS

Diego Costa Terlepas Hukuman

Berita baik buat penyokong Chelsea, DIego Costa tidak akan dikenakan sebarang tindakan dari Football Association berhubung tindakannya ketika bertembung dengan Martin Skrtel ketika Chelsea tewas 1-3 kepada Liverpool sabtu lalu.
Pemain kebangsaan Sepanyol itu dirakam menghentak kakinya terhadap Skrtel selepas kedua-dua pemain jatuh ketanah akinat dari sliding tackle dari pertahanan Slovakia tersebut. Pengadil, Mark Clattenburn berada berdekatan ketika kejadian tetapi beranggapan tiada niat jahat berlaku ketika insiden tersebut.
Pihak disiplin FA berpuas hati dengan cara insiden itu diselesaikan dan merasakan tiada niat jahat dalam insiden itu. Lebih menarik, pihak Liverpool dan pemain lain juga tidak membuat sebarang bantahan ketika kejadian itu berlaku membuktikan situasi tersebut diselesaikan dengan baik.
Costa telah dikenakan ban  3 perlawanan pada Januari 2015 selepas ulang tayang televisyen menunjukkan beliau menerjah kakinya terhadap Skrtel ketika Pertahanan Liverpool tersebut rebah sewaktu separuh akhir Capital One Cup
Chelsea berada pada kedudukan ke 14 dalam Liga Perdana England selepas kekalahan 3-1 keatas Liverpool dengan prestasi Costa yang sangat merosot, gagal mempamerkan rentak hebatnya seperti musim lepas dengan 2 gol dalam liga buat masa sekarang. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
0Comments

Selepas Gradel, Martial dan Payet. Siapa Lagi Wira Ligue 1 Di EPL?


Pemain bola dari Ligue 1 (Perancis) mula mendapat nama di media English dengan bakat-bakat hebat yang dibawa ke Liga Perdana England (EPL) musim ini. Anthony Martial tidak lagi menjaringkan gol secara berterusan tetapi Martial adalah pemain yang Man Utd perlukan sebagai memandangkan prestasi Wayne Rooney semakin merosot. Dimitri Payet (West Ham) pula tidak dinafikan sebagai "top ten" pemain terbaik EPL pada musim ini. Max Gradel adalah pilihan terbaik Bournemouth sebelum mengalami kecederaan lutut. Malah Jie Clinton juga menunjukkan aksi memberangsangkan ketika diberi peluang untuk beraksi ketika Spur menentang Bournemouth.
Anthony Martial-Wira baharu United
Jadi, adakah pemain Ligue 1 akan terus diburu kelab-kelab EPL untuk perpindahan Januari nanti? Pemain mana anda rasa bakal menyertai mereka di musim depan?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
0Comments

Angel Di Maria Mengaku Tidak Pernah Berhajat Ke Manchester United


Angel Di Maria Mengaku Tidak Pernah Berhajat Meninggalkan Real Untuk Ke Manchester



Di Maria menyertai Paris Saint-Germain melalui perpindahan bernilai 44.3 juta Euro pada musim panas -selepas hanya setahun berpindah ke Old Trafford dalam perpindahan bernilai 59.7 Juta Euro pada 2014

Terbaru, pemain sayap dari Argentina tersebut mengkritik pengurus United Louis Van Gaal mengenai cara beliau bekerja, dan mengaku ia antara faktor perpindahan Di Maria ke PSG. "Saya sentiasa ingin kekal di Madrid. Saya tidak tahu sangat mengenai apa yang ada dalam perjanjian tersebut-ia adalah rundingan antara ejen. Ia sentiasa berlaku dalam dunia bola sepak"
Angel Di Maria Menyertai PSG dengan nilai perpindahan sebanyak $44.3 Juta









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
0Comments

United diikat City di Old Trafford..birthday Rooney tak meriah nampaknya

Pertembungan dua gergasi berjiran, Manchester United dan Manchester City berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan di Old Trafford.
Nampaknya, sambutan hari jadi Kapten United, Wayne Rooney, yang ke-30 tak lah semeriah mana.
P/S: Dah ramal keputusan akan seri jer...mungkinkah pengakhiran musim EPL kali ini akan penuh dengan drama? Macam iklan Shell ini lah...enjoy!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
0Comments